Jul 10, 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012 telah dilaksanakan pada 10 Julai 2012 (Selasa) serentak dengan 10,000 sekolah di seluruh negara, di padang SMK Taman Sutera pada jam 8:00 pagi. Senamrobik ini telah disempurnakan oleh En Jasni Bin Omar, pengetua SMK Taman Sutera dan di bawah pimpinan Cikgu Megat Hanif Bin Megat Ali. Dasar 1 Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sekolah mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah.

Tn Pengetua mengayuh basikal!
Guru-guru dan pelajar-pelajar turut mengambil bahagian.