Kami Azam Cemerlang

Mencapai kecemerlangan akademik, akhlak dan kokurikulum.

Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-8

Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam bidang sukan..

Barisan Peneraju PIBG Sutera Sesi 2012/2014

Ikatan hubungan antara kalangan ahli memacuu kecemerlangan bersama.

Semangat Sukan Larian Sutera 2012

Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan warga sekolah dan Ibubapa.

Englicious Camp 2012

Intergrating sports and academic, creating salubrious and enjoyable environment.

Jul 10, 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012 telah dilaksanakan pada 10 Julai 2012 (Selasa) serentak dengan 10,000 sekolah di seluruh negara, di padang SMK Taman Sutera pada jam 8:00 pagi. Senamrobik ini telah disempurnakan oleh En Jasni Bin Omar, pengetua SMK Taman Sutera dan di bawah pimpinan Cikgu Megat Hanif Bin Megat Ali. Dasar 1 Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sekolah mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah.

Tn Pengetua mengayuh basikal!
Guru-guru dan pelajar-pelajar turut mengambil bahagian.

Jul 2, 2012

Pelancaran Program Bulan Pusat Sumber

Pelancaran Program Bulan Pusat Sumber 2012 telah diadakan pada 02 Julai 2012, Isnin ini. Pelancaran Program Bulan Pusat Sumber 2012 ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En Jasni Bin Omar di Dataran SMK Sutera, 7:30 pagi.
Matlamat Program:

  • Melahirkan pelajar bermaklumat dan berminda cemerlang.
  • Mewujudkan suasana dan budaya membawa dalam kalangan pelajar.
Objektif Program:
  • Membina dan mengukuhkan kemahiran mencari maklumat pelbagai media.
  • Menggalakkan penggunaan perpustakaan oleh pelajar dalam proses mencari maklumat.
  • Meningkat budaya membawa sepanjang hayat.
  • Meningkat bakat terpendam pelajar dari semua aspek.
Sasaran: Semua Pelajar SMK Taman Sutera
Aktiviti-aktiviti diadakan:
  1. Pertandingan Bercerita/Syarahan  
  2. Pertandingan Rekacipta
  3. Pop Kuiz
  4. Pertandingan Derma Buku
  5. Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak

Jun 27, 2012

Hari Ucapan dan Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012

Hari Ucapan dan Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012 akan diadakan pada:

Tarikh: 29 Jun 2012
Masa: 10:00 pagi
Tempat: Dewan Sri Sutera

Majlis ini dirasmikan oleh Tn Hj Ishak Bin Mahbob, KPP BTP Negeri Johor. Ibubapa dijemput hadir ke Majlis yang meriah ini.

AUTRCARA MAJLIS
9:30 pagi:

  • Ketibaan ibu bapa
10:00 pagi:
  • Ketibaan KPP BTP Negeri Johor
  • Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Pengetua
  • Ucapan KPP BTP Negeri Johor
  • Pelancaran Laman Web Sekolah 
Muka Depan Laman Web SMK Taman Sutera Versi ke-2.
10:45 pagi:

  • Majlia Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2012
  • Penyampaian Cenderahati


Jun 22, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Sutera 2012


Kejohanan Balapan dan Padang SMK Taman Sutera kali ke-8 telah diadakan pada:
Tarikh: 21 Jun 2012
Hari: Khamis
Masa: 7:30am - 1:00pm

Seperti biasa, selain daripada acara balapan dan padang dipertandingkan, perbarisan kontinjen serta perhiasan khemah rumah masing-masing turut dipertandingkan. Keputusan keseluruhan adalah berikut:
  • Johan: Rumah Mahkota
  • Naib Johan: Rumah Bendara
  • Ketiga: Rumah Temenggong
  • Keempat: Rumah Nahkoda


Jun 18, 2012

Mesyuarat Panitia Kali Ke-3

Pengumunan:
18 Jun 2012 - Isnin, Mesyuarat Panitia Kali Ke-3, 2012

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA KALI KE-3, 2012 akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh: 22 Jun 2012 (Jumaat)
Masa: 12:30pm 
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Taman Sutera
Tindakan: Semua Guru Sains dan Matematik
Berita ditulis oleh: Pn Gan Poh Yap

Tarikh: 25 Jun 2012 (Isnin)
Masa: 2:15pm
Tempat: Mengikut Panitia MP masing-masing
Tindakan: Semua Guru mengajar subjek Sains Kemanusiaan.
Berita ditulis oleh: Pn Lim Hui Kian

Tarikh: 27 Jun 2012 (Rabu)
Masa: 2:30pm
Tempat: Mengikut Panitia MP masing-masing
Tindakan: Semua Guru Bahasa
Berita ditulis oleh Pn Haliza Binti Yunus

Agenda mesyuarat:
1.  Ucapan Pengerusi
2.  Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.  Perkara berbangkit
4.  Pembentangan kertas kerja/isu semasa

  • Post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Program Pembestarian Kecemerlangan PMR dan SPM
5.  Hal-hal lain.