Jan 5, 2012

KAUSELING


Keperluan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini telah bermula dalam tahun 1960-an lagi apabila konsep Guru Panduan Kerjaya diperkenalkan ke dalam sistem persekolahan Malaysia.Walaupun terdapat usaha-usaha untuk mempelopori perkhidmatan panduan kerjaya pada tahun-tahun sebelum dan selepas Malaya Merdeka pada tahun 1957, hanya selepas tahun 1960 baharu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertapak apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling tentang kepentingan perkhidmatan ini di sekolah-sekolah. Dalam tahun 1961, Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan Vokasional dibentuk dan telah menghasilkan buku panduan bertajuk Handbook on Training Facilities in the Federation of Malaya (Amla et al., 2006).Laporan Kabinet 1979 telah menyarankan agar perkhidmatan guru-guru panduan kerjaya ini diperluaskan kepada aspek tingkah laku pelajar juga, bukan terhad kepada kerjaya sahaja. Unit Hal Ehwal Murid disarankan ditubuhkan di sekolah-sekolah yang ada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial pelajar (Kementerian Pendidikan, 1993).Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial pelajar (Kementerian Pendidikan, 1993).

Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling

  • Menolong individu untuk memahami diri dan dunianya serta membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri, lebih-lebih lagi dengan keperluan dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial.
  • Membimbing  murid-murid yang berkeperluan khas itu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik mungkin agar mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman bersekolah dan melalui proses pendidikan.
  • Membantu kepada murid-murid khas untuk memahami dan menyesuaikan diri kepada keadaan sebenar diri mereka pada kadar jangka panjang dan berterusan demi mencapai matlamat pendidikan mereka.
  • Memberi ruang kepada murid-murid khas mengenal diri dan membangunkan potensi diri tanpa bergantung harap kepada orang lain.   

Matlamat dan Objektif Penubuhan

  • Membantu murid-murid khas merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan kemahiran tertentu untuk memasuki bidang pekerjaan yang bersesuaian di Jabatan-jabatan Kerajaan, kilang-kilang, firma-firma.
  • Membantu murid-murid daripada terjebak ke dalam masalah penagihan dadah.
  • Membantu ibu bapa dalam hal kebajikan anak-anak mereka.
  • Mengadakan prosedur yang sistematik dalam merujuk kes-kes tertentu kepada agensi-agensi, pakar-pakar, pegawai-pegawai kebajikan.
  • Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
  • Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.
  • Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta membentuk tabiat belajar dengan baik dan berkesan.