Feb 2, 2012

Lencana Sekolah


Lencana sekolah ini berbentuk sebuah perisai dengan tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. 

Bentuk:
Logo berbentuk perisai yang melambangkan satu perjuangan menuntut ilmu pengetahuan dan pendidikan.

Lambang-lambang:
  1. Obor: Melambangkan semangat yang gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan.
  2. Buku: Melambangkan ilmu yang menjadi teras pembangunan diri setiap insan. Buku terbuka bermaksud di samping belajar menimba ilmu, mereka diharapkan dapat dibentuk supaya bersikap lebih terbuka dan mempunyai pemikiran yang luas.
  3. MSC: Multimedia Super Coridor melambangkan penekanan kepada Sains, Teknologi dan ICT.
Warna-warna:
  • Merah: Melambangkan keberanian dan kemegahan.
  • Kuning: Melambangkan kemuliaan diri, taat setia kepada Raja dan Negara.
  • Hijau: Melambangkan remaja dan kehormatan terjalin antara oelajar, guru dan anggota masyarakat berbilang kaum.
  • Putih: Melambangkan nilai murni, bersih, cekap dan amanah.

Cogan Kata Sekolah

"BERILMU, BERINTEGRITI, BERJASA"
Bermaksud manusia yang berilmu hendaklah beramanah, berbakti kepada masyarakat.